01 January, 2007

Happy New Year 2008


TAHUN BARU


Tepat jam 12.00 pagi ....
Bermulalah episod 1 Januari 2008....
Meninggalkan tahun yang penuh dengan kenangan pahit manis...
iaitu 2007 amat bererti buatku....

Asal masuk tahun baru.....mesti timbul tajuk 'azam'..
Tapi sebelum itu....
Hutang azam yang lalu dah dilunaskan belum?
Tepuk dada tanya selera(^_^)

Apa erti tahun baru buat anda?
Ada yang berpendapat seperti....
Tahun baru 2008 la....
Untuk memulakan kehidupan yang lebih sempurna...
Buang segala memori yang pahit...bak "buang yang keruh dan ambil yang jernih"
dan macam lagi jawapan yang diberi....

Bagiku...
setiap hari adalah tahun baru...
antara salah satunya .....
memperbaiki kelakuanku...
adakalanya aku bersikap agresif...
esok hari menjadi sopan.....ewaahh:p
samalah seperti yang lain...
kalau hari ini lambat bangun pagi ...esok pula kita usaha untuk bangun seawal yang mungkin...
kalau nak merancang kena ada nawaitu...
segala perbuatan yang kita lakukan seharusnya ikhlas kerana Allah...
manusia ada silap dan salah
Adakalanya masa berlalu dengan pantas....
tanpa disedari....
menjelma pula tahun baru.
Begitulah pentingnya kita harus menjaga masa....
kerana "waktu adalah pedang"....
jika kita tidak berhati-hati menggunakan waktu,kita sendiri yang akan binasa...
waktu mustahil kembali...
dan waktu itulah kehidupan yang sebenarnya.
oleh itu....
Sempena Menyambut Tahun Baru 2008....
kita perisikan waktu....
setiap saat...
setiap minit...
setiap jam...
setiap hari....
dengan perkara yang berfaedah....
dan yang utama sekali mesti tanam semangat baru...
barulah hidup ini bermakna...


Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan kemaafan jikalau ada silap dan salah saya kepada teman-teman....janganlah simpan didalam hati ea..=) walauapapun terjadi... sahabat tetap sahabat,teman tetap jadi teman...oraittt....enjoy life to the fullest!!!!!
 

(c)2009 miera'lya. T e m a f r e e dandikauasakanoleh B l o g g e r