02 January, 2008

Keletihan


Sememangnya kehidupan amat meletihkan?
Ada yang letih memberi nasihat berulangkali.....
bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.....
atau mencurah air ke atas daun keladi...
Ada juga yang letih menonton televisyen....
sehingga membuat kepala jadi pening...
tapi kadangkala tidak..
itupun kalau ada rancangan menarik...
Penat lelah ayah ibu mencari rezeki...
tujuan menyara keluarga..
agar dapat hidup dengan selesa.
Kadangkala keletihan membuatkan...
sesetengah individu ...
apatah lagi bagi orang yang mempunyai kerjaya..
lalai untuk mengingati Allah S.W.T...
kerana terlalu obses mengejar harta duniawi.
Letih mengemas rumah ...
Letih membasuh pakaian...
Letih mencuci pinggan...
itu semua sudah menjadi kebiasaan harian...
alah bisa tegal biasa..
Namun keletihan seorang insan...bernama ibu..
menjaga anaknya sehingga sanggup berjaga malam...
kerana hanya ingin menangkap seekor nyamuk...
memastikan anaknya tidur lena..
mengorbankan masa untuk mendidik dan mengasuh anak..
tanpa meminta pertolongan orang lain..
sentiasa melayan kerenah anak...
walaupun anaknya degil mendengar kata
tidak pernah sekalipun ibu mengeluh sepatah kata...
tiada siapapun dapat mencungkil segala rahsia isi hatinya....
melainkan dirinya sendiri dan
hanya Allah sahaja yang mengetahuinya...
kita..
hanyalah dapat melihat dari luarannya
Begitu juga mengenai ketua keluarga...
bernama ayah...
bertanggunjawab menjaga keharmonian dalam sesebuah
organisasi rumahtangga....
senantiasa menampakkan wajah keceriaannya...
lantaran tidak mahu keluarganya susah hati dengan
kepenatan yang dirasainya....
Dalam keletihan....
kita berpeluang merehatkan badan yang lesu...
berehat...untuk mencergaskan minda..
pada masa yang sama...
janganlah menjadikan keletihan sebagai satu alasan
untuk kita berputus asa dari mencuba...
juga yang sebaiknya elakkan diri dari sikap 'pemalas'..
Fitrah persinggahan kita di dunia ialah menuntut ilmu...
Jangan sesekali kita berasa letih untuk mencari ilmu..
untuk melengkapkan fardhu ain dan fardhu kifayah...
Menuntut ilmu tiada titik noktahnya...
sehinggalah kita berehat untuk selamanya...(kembali kepada Allah)
dan hasilnya, kita menikmati ganjaranNya...Amin
 

(c)2009 miera'lya. T e m a f r e e dandikauasakanoleh B l o g g e r